Soalan lazim

Di sini kami menyediakan beberapa soalan lazim yang selalunya menjadi rujukan para pelanggan. Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terdapat di dalam senarai di bawah, klik di sini untuk menghubungi kami
  1. Adakah terdapat pesanan minimum atau maksimum?
    Tiada had minimum. Akan tetapi setiap pesanan bergantung kepada berat maksimum untuk penghantaran ke sesuatu tempat. Buat masa sekarang berat maksimum adalah 10kg untuk setiap pesanan.
  2. Adakah terdapat bayaran lain yang perlu ditanggung oleh pembeli?
    Bayaran asas adalah untuk kos item dan penghantaran. Terdapat sedikit kos sekiranya pembayaran dibuat dari Paypal, iaitu 5% caj dari jumlah keseluruhan. Sebelum pengesahan pesanan dibuat, anda boleh melihat jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan boleh membuat keputusan.
  3. Bolehkah pihak Hanna Collection menghantar ke rumah saya?
    Pihak kami menggunakan perkhidmatan POS Malaysia untuk menghantar item tersebut dan kebiasaannya dapat dihantar ke kebanyakan negara-negara. Sekiranya semasa "checkout", didapati tiada kos penghantaran, sila beritahu kami. Kami akan membantu anda.
  4. Mengapa terdapat berat maksimum 10kg untuk setiap pesanan?
    Kami menghadkan setiap pesanan
    kepada jumlah berat 10kg sahaja untuk menjamin bungkusan tersebut sampai dalam keadaan yang baik (kerana tidak terlalu berat).

Cara pembayaran



Kami menyediakan kaedah mudah, berkesan dan selamat untuk anda membuat pembayaran. Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat peribadi kewangan anda di laman web kami. Oleh itu anda tidak perlu risau akan keselamatan pembayaran tersebut kerana ianya dijamin oleh bank-bank berkenaan yang sememangnya berpengalaman dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

"Bagi rakyat Malaysia, anda digalakkan memilih bayaran menggunakan bank tempatan iaitu Maybank, CIMB atau xxxxxx. Bayaran boleh dilakukan menggunakan Online Banking, di kaunter bank atau di mesin ATM. Selepas pembayaran, sila emailkan kami No Order, Jumlah Bayaran & Tarikh bayaran, agar pesanan anda akan cepat diproses"


Malaysia

1. Maybank
* Maybank2U Online Banking
* Mana-mana kaunter Maybank
* Mesin ATM Maybank

Kaedah ini adalah yang paling mudah dan paling ramai digunakan di Malaysia. Untuk pelanggan di dalam negara, anda boleh membuat pembayaran melalui internet secara online, di mana-mana mesin ATM atau kaunter Maybank. Walaupun anda tiada akaun Maybank boleh membuat pembayaran di kaunter atau di mesin ATM Maybank. Butiran akaun untuk pembayaran akan diberikan setelah pesanan lengkap dibuat.

Untuk warga Brunei, Singapura dan Indonesia, pembayaran boleh juga dibuat di cawangan Maybank disana.
http://www.maybank2u.com


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme