Cara pembayaran



Kami menyediakan kaedah mudah, berkesan dan selamat untuk anda membuat pembayaran. Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat peribadi kewangan anda di laman web kami. Oleh itu anda tidak perlu risau akan keselamatan pembayaran tersebut kerana ianya dijamin oleh bank-bank berkenaan yang sememangnya berpengalaman dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

"Bagi rakyat Malaysia, anda digalakkan memilih bayaran menggunakan bank tempatan iaitu Maybank, CIMB atau xxxxxx. Bayaran boleh dilakukan menggunakan Online Banking, di kaunter bank atau di mesin ATM. Selepas pembayaran, sila emailkan kami No Order, Jumlah Bayaran & Tarikh bayaran, agar pesanan anda akan cepat diproses"


Malaysia

1. Maybank
* Maybank2U Online Banking
* Mana-mana kaunter Maybank
* Mesin ATM Maybank

Kaedah ini adalah yang paling mudah dan paling ramai digunakan di Malaysia. Untuk pelanggan di dalam negara, anda boleh membuat pembayaran melalui internet secara online, di mana-mana mesin ATM atau kaunter Maybank. Walaupun anda tiada akaun Maybank boleh membuat pembayaran di kaunter atau di mesin ATM Maybank. Butiran akaun untuk pembayaran akan diberikan setelah pesanan lengkap dibuat.

Untuk warga Brunei, Singapura dan Indonesia, pembayaran boleh juga dibuat di cawangan Maybank disana.
http://www.maybank2u.com




2. PayPal

paypal
Kaedah yang terkenal dalam dunia jualbeli di Internet. Juga merupakan kaedah yang selamat dan dan paling cepat. Anda perlu mempunyai akaun dan mendaftar terlebih dahulu.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan Paypal, termasuk rakyat Malaysia atau pelanggan dari negara jiran. Namun, pembayaran menggunakan Paypal akan dikena caj sebanyak 5% dari jumlah pembelian. Caj pengurusan ini adalah caj dari penerimaan wang Paypal & lain-lain caj pengurusan.

Perhatian!!
Selepas anda mengesahkan pembelian di laman terakhir (Confirm order), secara automatik anda akan dibawa ke laman web paypal untuk membuat pembayaran ke akaun kami. Setelah pembayaran dilakukan di laman Paypal, secara automatik juga, pembayaran anda disahkan di pengkalan data Kedai-Buku.com. Anda tidak perlu menghantar apa-apa bukti dari email, kami akan terus poskan pesanan buku anda.

Kami menggunakan Paypal sebagai langkah alternativ yang berkesan dan selamat yang membolehkan pelanggan kami menggunakan kad kredit (Visa, Mastercard) serta kaedah kredit lain (Discover, American Express, Debit card, Electronic checks, GIRO) untuk membuat pembayaran dengan mudah dan cepat & selamat.

Pembayaran akan dikesan secara automatik oleh Paypal dalam matawang EURO.
https://www.paypal.com/

0 Response to "Cara pembayaran"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme