Soalan lazim

Di sini kami menyediakan beberapa soalan lazim yang selalunya menjadi rujukan para pelanggan. Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terdapat di dalam senarai di bawah, klik di sini untuk menghubungi kami
  1. Adakah terdapat pesanan minimum atau maksimum?
    Tiada had minimum. Akan tetapi setiap pesanan bergantung kepada berat maksimum untuk penghantaran ke sesuatu tempat. Buat masa sekarang berat maksimum adalah 10kg untuk setiap pesanan.
  2. Adakah terdapat bayaran lain yang perlu ditanggung oleh pembeli?
    Bayaran asas adalah untuk kos item dan penghantaran. Terdapat sedikit kos sekiranya pembayaran dibuat dari Paypal, iaitu 5% caj dari jumlah keseluruhan. Sebelum pengesahan pesanan dibuat, anda boleh melihat jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan boleh membuat keputusan.
  3. Bolehkah pihak Hanna Collection menghantar ke rumah saya?
    Pihak kami menggunakan perkhidmatan POS Malaysia untuk menghantar item tersebut dan kebiasaannya dapat dihantar ke kebanyakan negara-negara. Sekiranya semasa "checkout", didapati tiada kos penghantaran, sila beritahu kami. Kami akan membantu anda.
  4. Mengapa terdapat berat maksimum 10kg untuk setiap pesanan?
    Kami menghadkan setiap pesanan
    kepada jumlah berat 10kg sahaja untuk menjamin bungkusan tersebut sampai dalam keadaan yang baik (kerana tidak terlalu berat).

  5. Apakah jenis pembayaran yang diterima?
    • Maybank - Untuk pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR). Dicadangkan kepada pembeli Malaysia dan negara-negara jiran yang mempunyai cawangan Maybank.
    • CIMB,  - Lebih pilihan kepada pelanggan di Malaysia.
    • PayPal  - Untuk pembayaran antarabangsa dengan pengesahan pembayaran paling cepat dan boleh membayar melalui kad kredit. Perlu memilih matawang EURO. Caj 5% dari jumlah akhir dikenakan.
  6. Adakah boleh saya membuat bayaran menggunakan kad kredit?
    Boleh, anda hanya perlu mendaftar dengan Paypal menggunakan kad kredit dan membuat pembayaran melalui Paypal dimana pembayaran tersebut akan dicajkan kepada kad kredit.
  7. Berapa lamakah penghantaran item mengambil masa?
    • Proses dalaman sebelum sampai ke syarikat penghantar mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja. Proses dalaman ini akan berlaku selepas pengesahan pembayaran diterima dan tertakluk kepada stok .
    • Proses luaran melibatkan penghantaran oleh syarikat penghantaran (POS Malaysia).  Oleh itu ianya akan bergantung kepada jenis penghantaran yang dipilih. Sila lihat disini untuk maklumat terperinci.
    • Sekiranya anda telah melakukan pesanan dan ingin mengubah jenis penghantaran, sila beritahu kami secepat mungkin. Kami akan membantu anda.

  8. Berapa harikah Hanna Collection  beroperasi dan adakah terdapat cuti?
    Operasi H.C tidak bergantung kepada masa mahupun hari. Kami menerima pesanan 24 jam dalam sehari. Walaupun begitu, penghantaran buku bergantung kepada hari bekerja syarikat penghantaran tersebut dan ini mungkin akan menyumbangkan kepada jumlah hari yang perlu untuk item tersebut diterima.

0 Response to "Soalan lazim"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme